Sunday, June 16, 2013

Summer Snow

Ingin menikmati keseronokan bermain salji tetapi takut tak tahan dengan kesejukan yang melampau?

Di Tateyama, sebuah kawasan pergunungan di negeri Toyama, anda boleh menyaksikan dinding salji yang tingginya mencecah 20m dan bermain salji walaupun selepas habis musim sejuk.





Oleh kerana kawasan pergunungan ini mempunya ketinggian lebih dari 2000m, pelancong boleh menikmati angin awal musim panas yang nyaman dan segar dan kesejukan salji pada masa yang sama.


Salji masih ada di permukaan gunung. Untuk ke puncak, pelancong perlu menaiki pelbagai jenis kenderaan: local train, cable car, rope way, train bus, dan highland bus. Di antara stesyen ke stesyen, pelacong boleh hiking sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Tateyama.


Di ketinggian 2316m. Di bulan 5 dan awal bulan 6, suhu tidak terlalu sejuk atau panas, iaitu sekitar 20darjah celcius. Angin masih sejuk tetapi jika berjalan sambil menikmati pemandangan, akan mula berpeluh dan angin tu menjadi sangat menyegarkan.



Turun highway bus, jalan kaki ke arah dinding salji. Kawasan ini dibuka untuk berjalan kaki pada bulan 4 dan awal bulan 6, tertakluk kepada keadaan salji. Penulis berkunjung ke sini pada 10hb June dan dapat bermain di Snow Maze Park dan sledge.


Sepanjang perjalanan ke bandar Toyama City untuk pulang ke Tokyo, anda dapat menyaksikan pemandangan kampung di Jepun, cukup mirip seperti di Malaysia dengan sawah padinya dan sungai-sungainya. Sesuai untuk sesiapa yang ingin menikmati suasana yang tenang dan retro, jauh dari hiruk-pikuk bandar moden di Jepun.


Toyama juga terkenal dengan kelazatan makanan lautnya. Di sini anda dapat menikmati sushi yang sedap dengan harga yang lebih berpatutan dari bandar-bandar lain.


Anda berminat? Sila hubungi kami untuk merancang perjalanan anda ke Jepun! Semua info di blog ini mungkin berubah ikut musim tahun itu, jadi kami akan menbatu anda merancang perjalanan anda untuk mendapatkan pengalaman yang anda idamkan. =)

#c.shka

2 comments:

  1. Kami rancang utk bermalam 4h3m di kawasan ski resorts. Tempat mana yg sesuai kami. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete