Tuesday, February 26, 2013

Nippori Fabric Street

Tadi berjalan bawa satu kumpulan, dorang mintak supaya pergi tempat untuk cari japanese cotton..so saya bawalah mereka ke Nippori.




Sebagaimana anda boleh lihat sepanjang jalan nih dipenuhi dengan pelbagai jenis kedai yang menjual pelbagai jenis fabrik buatan jepun.




Pelbagai corak yang menarik dan berkualiti dijual pada harga yang berpatutan :)




nih hasil tangkapan salah seorang customer saya.. untuk buah hati katanya....so sweet..buat baju kurung pakai time raya mesti comel..( ´ ▽ ` )ノ.kalo berminat untuk ke sini..hubungila kami.

p/s:kedai kat sini tutup hari ahad (✿◠‿◠)



Wednesday, February 20, 2013

Odaiba

Salah satu pulau buatan yang terletak di pinggir Tokyo. Salah satu tempat tumpuan pelancong kerana dari situ kita boleh melihat Kecantikan Rainbow Bridge di samping pemandangan pantai.

 Peta sekitar Odiaba



 Pemandangan Rainbow Bridge 

     Disini juga terletak satu-satu nya di dunia patung Gundam berskala penuh. Keseluruhan pembinaan ini siap pada pertengahan 2012 menambahakan lagi daya penarik untuk para pengunjung datang ke Odaiba.



     Dari sini juga disediakan perkhidmatan cruise untuk ke Asakusa dan beberapa destinasi pelancongan lain.


Sekiranya anda berminat untuk menaiki cruise ini kami akan membantu anda untuk menempah tiket menaiki cruise ini. :)

Shibuya


Salah satu antara bandaraya tersibuk dalam Tokyo.Di kenali sebagai salah satu pusat fesyen dan membeli-belah terkemuka di Jepun.



  Disamping itu juga di sini sangat terkenal dengan Shibuya Crossing.



Ribuan manusia melalui jalan ini setiap hari. Shibuya juga merupakan  antara tempat yang pertukaran line antara keretapi.Disamping itu Shibuya juga terkenal  dengan kisah Hachiko


Mari jalan-jalan ke Jepun .

Thursday, February 7, 2013

Asakusa



Salah satu tempat tarikan utama pelancong,Sensoji Temple Asakusa, salah satu diantara ribuan temple di Jepun. Kawasan sekelilingnya pula dipenuhi tempat pelbagai gerai yang menjual makanan dan barang tradisional Jepun

Ini pula Nakamise dori terdapat di dalam Asakusa temple ini. Di asakusa juga terdapat sebuah masjid.


Masjid ini terletak kira-kira 15 minit jalan kaki dari pada Asakusa station.

Wednesday, February 6, 2013

Pengenalan はじめまして


Anda ingin ke JEPUN?  Ingin mempunyai "guide" sendiri ketika ke JEPUN?Bimbang bagaimana untuk berkomunikasi? Tidak tahu berbahasa Jepun? Kami sedia membantu anda merancang perjalanan ke bumi sakura ini, dan menyediakan "guide" dengan bayaran yang amat berpatutan. Berminat? Hanya emailkan pertanyaan/rancangan anda dengan mengisi borang pertanyaan dengan menekan tab contact us diatas.